Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak kembar lima di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kembar lima itu.
Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa menjalani rawatan kesuburan.Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.